Ahad, 13 Disember 2009

Mandi Kat Rumah Ateh

Assalamualaikum.

Kat rumah ateh ada swimming pool. So Sabtu baru ni, saja bawa anak2 mandi. Shauki dan Naufal yang baru lepas sunat seminggu pun selamba je mandi takde hal, tak macam dulu2 kena 3 minggu baru baik, kalau tak bentan!

Tak disangka2 seorang aktor bollywood juga terdapat di swimming pool rumah ateh. Aktor ni tak mandi, tapi sekadar berehat2 je. Ytc sempat merakam aksi aktor tu tanpa dihalang oleh bodyguard beliau..


Insyirah sedang menurunkan pelampungnya.. nak ready mandilah tu..



N and N - Nadia dan Nazirah



Nurin sedang ditenangkan oleh Naufal dan Nadia..



Main ball la pulak..



Faris turut serta..

Shauki sedang beraksi..

Faris dengan kuak lentang..

Orang dewasa pun boleh mandi dengan bayaran RM 4 sorang. Budak2 samada RM 3 atau RM 2.50 ikut ketinggian.. Adi yang baru balik kerja sayu sebab tak sempat nakmandi..


Inilah aktor bollywood Shah Firdaus Khan yg sempat dirakam oleh Ytc..



Ini dia bodyguard Shah Firdaus Khan!

Yours Truly Chairman..

Jumaat, 11 Disember 2009

Upacara bermula !!!

11 Disember 2009, hanis akhirnya pasrah menerima takdir yang beliau akan disunatkan.. Ini kerana sebelum ini beliau sememangnya bertegas tidak mahu bersunat tetapi menukar fikiran secara drastik apabila sepupu-sepupu beliau (shauqi dan naufal) telah pun melakukan upacara tersebut minggu lepas.. Sedikit bingkisan kronologi upacara tersebut..

Sejurus keluar dari kenderaan. Kelihatan tenang..


Masuk ke "Klinik Dr. Karim" jam 10.15am. Dijadualkan upacara akan bermula jam 10.30am.


Selesai upacara.. Dalam bilik pembedahan tak sempat ambil gambar sebab nak menenangkan dia.. Siap pegang tangan doktor tak bagi inject.


* Gambar selingan - tak ada kena mengena dengan post ini.
Saya baru 4 bulan papa.. Lagi 9 tahun baru boleh... hehehe...


Hari kedua... Dah lega.. Lepas siksa.. Aizat yang menarik diri saat-saat akhir kalau tak mesti dah lepas siksa sama..


Boring asyik mengadu sakit kita bagi dia entertaiment sikit... Terus tak mengadu sakit lagi dah..


Seminggu jammed activities..


Khemah kecilku.


Just 9 years old but can't leave without internet already.


2 have gone through. 3 mores to go.

Selasa, 8 Disember 2009

Sukan Setiap Ahad



" Sila hadir awal untuk perlawanan Bola Sepak nanti..."- Penaung Bola Sepak Taahas.



Antara aksi-aksi menarik pemain bolasepak wanita..











Assalamualaikum

Supaya program sukan kita setiap Ahad lebih tersusun,Ytc telah menggariskan beberapa panduan agar jelas:

1. Sukan Ahad akan di adakan tiap2 minggu pada hari Ahad. Jika tiada terima SMS maknanya sukan 'on'. Kalau kensel, barulah diberitahu.

2. Di minta datang awal. Sebaik2nya pukul 8. Kalau tak dapat sekurang2nya sebelum pukul 9. Kita mampu buat sebab Subuh pukul 6, ada 2 jam untuk bersiap.

3. Jika ada cukup pemain untuk main bola (at least 6 orang baru cantik), kita akan main bola dulu. Kalau tak, kita main badminton, lepas tu tengoklah kalau sempat dan cukup pemain, baru kita main bola

4. Uncle Black, sila beri kunci dewan pada Bolt sebaik lepas main badminton hari Sabtu (game lain). Ini supaya kita dapat main Badminton awal jika main Badminton. Black pun tak payah hantar kunci kalau tak dapat main.
Sekian

Isnin, 7 Disember 2009

Memori Raya 2008... (Family pictures!!!) Tolong download eh...hehe

Gambar dah setahun berlalu, Bolt nak bagi asyik x ingat jer... So utk gmbr family sume boleh download kat sini jer, cuma kalau nak resolusi original (lebih sharp dan besar), boleh bagi bolt pendrive utk copy... ada banyak lagi gmbr2 kenangan raya 2008 sebenarnyer.... OK!!!





















Rabu, 2 Disember 2009

MaNdi Di ALaMaNDa!!!!

Program membawa anak2 bermandi manda telah berjaya di laksanakan berpusat di Kompleks Kejiranan presint 9, Alamanda pada Sabtu 28/11/2009.... Tidak lupa ayah2/daddy2/abah2 yang nak mandi pun boleh juga walaupun airnya tidak seberapa dalam.... ;p

Faris keriangan bermain air pancut....

"Paklong ada agenda ni ayah..." ujar iffat yang tahu paklong cuba memberi alasan menjaganya utk turut serta mandi...hehe

Model kanak2 membuat posing maut...

Sewaktu hari semakin mendung.... Paklong yang pada mulanya 'tak kisah' utk mandi akhirnya membuat keputusan terdesak utk turun juga pada akhirnya....

Fahmi cuba utk mengontrol 'hensemnya' sebaik mungkin kerana terdapat awek2 sebayanya berhampiran....

Peace!!!

Bestnyer air pancut....

Keseronokan tidak terhingga... hingga menjilat air kolam....


Starting mandi manda....

Maklong juga ingin turut serta tetapi terpaksa membatalkan niat sucinya kerana terlupa bawak baju mandi bikini nya.....hehe

Ytc (bkz) kena pancung dgn Bolt (kriss)


Ytc dah bagi guna scrambler tapi macam xde apa pun... bolt yg guna kriss pun selamber badak jer pancung ytc... adusss.....