Khamis, 15 Julai 2010

BLM Ayah





Assalamualaikum,


Hara maklum bulan depan Insuran dan Road Tax BLM ayah akan expire. So, collection RM 150 diperlukan untuk renewal (Lelaki sahaja). Insya allah jika dapat duit tanah nanti, akan dipulang semula duit tu. Tolong bayar hujung bulan ini..


Thank you

Rabu, 14 Julai 2010

Projek Cili- Part2


Assalamualaikum
Projek Cili yang di jalankan bertempat di tanah sebelah rumah mak (tanah reserve). Setakat ini, lima orang ahli Taahas tampil menyumbang tenaga untuk projek ini:
1. Abang MB- Project Manager
2. Backpacker
3. Uncle Black
4. Pakteh Adi
5. Ytc
Buat permulaan, 40 anak pokok telah diperolehi. Untuk mendapatkan anak-anak pokok lagi, kutipan dana amat diperlukan. Ini bergantung pada persetujuan ahli2..
Kepada yang belum menyertai, penyertaan anda sentiasa dialu2kan terutama pada Bolt dan Ustaz Saiful. Hanya perlu bayar RM 20 + denda RM 15 sebab tak hadir minggu pertama. Lagi lambat anda sertai, lagi banyaklah denda. So, cepat buat keputusan. Along MMD pun digalakkan untuk turut serta.
Wallahualam..

Selasa, 13 Julai 2010

Spain Champion- Abang MB Gigit Jari!


Spain team


Holland..

Assalamualaikum
Spain menepati ramalan Ytc dengan menjuarai Kejohanan Dunia Bolasepak 2010. Ustaz Saiful penyokong kuat Holland pulang dengan tangan kosong manakala Abang MB sampai ke minit terakhir tak muncul. Mungkin tak sanggup melihat pasukannya dikecewakan..

Ahad, 11 Julai 2010

Kick Off Chilly Project!





Assalamualaikum
Ahad -11 July 2010 menyaksikan projek cili Abang MB dilancarkan. Buat permulaan, 40 batang benih pokok telah didapatkan, manakala banyak lagi dalam perancangan bergantung kepada kedudukan kewangan projek..
Mengikut percaturan Abang MB, 400 batang anak pokok akan menghasilkan tidak kurang RM 6,000 sekali tuaian (selepas 3 bulan). Kalau 4000 batang pokok dah berapa? 40,000 batang pokok? Silap2 ada yang amik MC nak petik cili nanti..
Untuk pengetahuan semua, sedikit ilmu yang Ytc nak kongsi (ini penjual benih cili yang ajar)..
1. Anak cili letakkan tempat redup seminggu. Selepas itu baru boleh kena panas matahari..
2. Selepas 3 minggu, anak cili boleh dipindah ke dalam bekas plastik
3. Pokok cili mesti disiram 2 kali sehari- pagi dan petang
4. Gaulkan baja organik dengan tanah- sukatannya, 1 plastik baja + 1 kereta tolak tanah
5. Baja chemical (yg bulat2 kecil tu) yang dibeli tu untuk perkembangan bunga yang banyak. Cukup letakkan 3 butir je. Kalau lebih pokok boleh mati. Tapi Ytc lupa nak tanya letak berapa kali..
6. Kalau ada ayam yang mengacau anak cili tadi, boleh tangkap dan sembelih ayam tu. Boleh dapat bantuan Black dalam hal ni..
Kalau ada kemushkilan boleh tanya Abang MB sebab projek dia di kem sudah berjalan dulu. Tentu dia lebih arif..
Wallahualam.

Khamis, 24 Jun 2010

Penyata Perubatan Ibu..

Salam. Berikut adalah penyata perubatan emak. Harap semua dapat memberi sumbangan dgn kadar segera memandangkan semua wang yang dikumpul telah abis dibelanjakan...
Bagi sumbangan pertama, hanya 2 orang yang masih gagal melunaskannya iaitu ishak = RM250 dan saiful = RM50. Manakala sumbangan kedua pula terdapat enam orang yg masih belum menjelaskannya. Sila lihat penyata diatas bagi semakan..

Selasa, 22 Jun 2010

Komposer bawa teksi..

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN

ifqdar.rahman@utusan.com.my

Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


LUAS... Teksi mewah milik Nan Dengkil menjanjikan keselesaan kepada penumpang.


SUATU ketika dahulu, populariti lagu Biar Betul nyanyian kumpulan Akar pernah melonjakkan nama kumpulan rock itu di awal kemunculan mereka pada era 1990-an.

Kemasyhuran yang diperoleh kumpulan tersebut hasil daripada populariti lagu itu membuatkan komposernya, Nan Dengkil menggubah dua buah lagu lagi yang merupakan kesinambungan kepada lagu berkenaan iaitu Baru Betul dan Memang Betul.

Kejayaan lagu-lagu ciptaan Nan Dengkil itu membuatkan komposer dan penulis lirik itu tidak menangtangan untuk terus berkarya bagi menghasilkan bait-bait lagu yang mampu menarik minat pendengar. Ia termasuk lagu kumpulan Ways iaitu Keranamu Suhaila dan Abang Zaidi.

Ibarat kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Begitulah kehidupan yang diharungi Nan Dengkil kebelakangan ini apabila khidmatnya mula dipinggirkan.

Ketika ditemui baru-baru ini, Nan Dengkil atau mesra dengan sapaan Nan meluah segalanya yang terbuku di hatinya selama ini.

"Saya akui yang saya memang merajuk dengan industri muzik tanah air ketika itu.

"Selepas kejayaan lagu nyanyian Akar dan Ways, lagu-lagu saya yang dihasilkan selepas itu tidak lagi mendapat tempat di corong-corong radio terutamanya radio swasta," jelas Nan menceritakan punca dia meninggalkan bidang penciptaan lagu sejak lima tahun lalu.

Menurut Nan, dia tidak menyalahkan pihak radio kerana itu adalah adat orang berniaga.

"Mungkin lagu saya tidak lagi boleh dijual ketika itu yang menyebabkan ia tidak disiarkan.

"Saya reda dan menganggap mungkin bukan rezeki saya," katanya.

Kemudian, dia membawa diri ke kampungnya di Bahau, Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru dengan menjalankan perniagaan.

"Saya mula berniaga secara kecil-kecilan tetapi kurang menjadi. Tidak lama selepas itu saya menderita penyakit kencing manis.

"Pernah satu ketika, penyakit saya berada pada tahap kritikal. Alhamdulillah, atas berkat doa ahli keluarga dan rakan-rakan, saya semakin pulih walaupun bukan sepenuhnya," jelas Nan berkongsi kisah dukanya.

Usahawan teksi online

Ujian demi ujian yang ditempuhi, sedikit sebanyak ia memberi kekuatan kepada Nan atau nama sebenarnya, Adnan Dollah, 40.

Nan bertekad untuk bangkit daripada kegagalannya demi mencari sesuap nasi khusus untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

Setelah keadaan tubuhnya kembali sihat seperti sedia kala, Nan memohon pinjaman peribadi daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP) .

Hasil wang simpanannya dan wang pinjaman yang diluluskan, Nan membeli sebuah kereta Proton Iswara sebagai modal untuk memulakan karier sebagai pemandu teksi.

Ekoran kemajuan teknologi komunikasi dan informasi yang tiada sempadan, Nan menjadikan laman sosial Facebook untuk mendapatkan penumpang selain kaedah biasa yang diamalkan oleh pemandu teksi lain.

"Sekarang ini saya amat bersyukur kerana Facebook mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada saya dan seisi keluarga.

"Bermula daripada sebuah teksi, sekarang saya sudah miliki tiga buah teksi," kata Nan memulakan kisah perjalanan hidupnya yang kembali dilimpahi rezeki.

Menurut Nan, teksi Iswara yang dibelinya dahulu telah dijual dan diganti dengan Proton Waja, Proton Perdana dan sebuah teksi mewah, Naza Ria.

Atas kurniaan rezeki yang semakin bertambah, isteri kesayangan Nan, Musalmah Mustapha turut menyumbang keringat sebagai pemandu teksi.

Tambah Nan, melalui Facebook, pelanggan bukan sahaja boleh menempah pemandu dari senarai gambar yang terdapat dalam laman sosial itu bahkan mereka juga boleh memilih jenis teksi yang dikehendaki.

"Saya jalankan perniagaan ini bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk rakan-rakan yang lain juga," katanya.

Antara jenis teksi yang disediakan ialah teksi biasa, teksi eksekutif dan juga khidmat teksi mewah untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan teksi yang disediakan Nan Dengkil, mereka bolehlah membuat tempahan dengan melayari laman tersebut menerusi akaun bernama Musalmah Adnan atau e-mel rakan_executive@yahoo.com.

Jumaat, 4 Jun 2010

KL Craft Centre

Assalamualaikum

Hari ni ambil cuti. Bawa Insyirah cabut 2 batang gigi depan kat Hospital Serdang. Alhamdulillah dah selamat..

Gambar2 ni diambil masa pergi ke KL Craft Centre, Jalan Conlay 22 May baru ni. Saja nak tahu apa yang ada kat sana. Tapi barang2 craft mahal2 especially barangan pewter. Kalau banyak duit oklah..












Wassalam..