Selasa, 20 Julai 2010

Ubi kayu



Assalamualaikum

Sedikit tips untuk mendapat isi yang banyak bila menanam ubi kayu
1. Pangkal bawah hendaklah dibelah 4 atau 2. Kemudian disendal dengan batu kecil atau kayu kecil barulah ditanam
2. Jika batang ubi kayu bercambah 2 atau lebih, cantaslah bahagian yang bercambah itu. (Biarkan satu batang saja)
3. Ubi kayu boleh dicabut selepas 6 bulan ditanam
4. Anggaran hasil- RM 6000 sekali tuaian untuk 2000 batang pokok

Wassalam..

Aina atau azwa? yang mana?


Sebijik x??

Isnin, 19 Julai 2010

Projek Cili








Assalamualaikum





Bukan setakat Kelantan, malah ke China pun projek Cili sanggup hantar. Dua hari lagi Backpacker akan dihantar ke China untuk meninjau pasaran di sana. Dengan penduduk yang melebihi 1 billion, banyak peh cili yang boleh dieksport!

Sedikit info tentang cili- anak cili boleh dipindah ke dalam polybag bila tingginya 6 inci. Ini lebih kurang 3minggu-4 minggu selepas semaian..

Wassalam..

Ahad, 18 Julai 2010

Projek Cili- Ahad 18 July 2010






Assalamualaikum
Tentu semua dapat meneka kaitan antara ketiga2 gambar di atas kan? Ye betul.. keluarga Pak Uda berjaya dengan projek bas sekolah mereka sehingga boleh dijadikan karier manakala keluarga Kak Esah pula berjaya dengan projek kemah kenduri kahwin mereka yang menghasilkan pulangan ribuan ringgit! Ytc harap ini jadi pemangkin kepada semua peserta untuk 'istiqamah' dalam menjayakan projek cili ini. Satu hari nanti, Projek cili ini akan menjadi sinonim pula dengan keluarga Hj Shukor..
Ada yang kata, projek ini hanya akan berjalan 3 bulan sahaja, leas tu senyap bila semua sibuk dengan hal lain. Sila buktikan yang pendapat ini salah ok! Hari ni kita selangkah lagi kehadapan- Pek2 tanah hitam untuk tanaman pokok telah disiapkan dalam 30 pek, kebun pun dah terang separuh dll. Semua setuju, koleksi lagi RM 20 akan dibuat minggu depan untuk menyuntik dana agar mempercepatkan lagi perjalanan projek ini..
Untuk makluman- Abang MB tak dapat hadir hari ini sebab terpaksa kerja last minit. Semoga Abang MB dapat hadir minggu depan dan menunjuk arah pada ahli2 yang amat dahagakan tunjuk ajar dan kemahiran Abang MB.

Sebenarnya target Ytc adalah untuk menanam sebanyak 4000 batang pokok cili. Memang target ni besar sebab tu Ytc takut2 juga nak bagitahu awal, mana tahu ada yang lemah semangat terus rebah dan pengsan bila dengar berita ni. Tapi disebabkan tadi ada yang menganggap target hanya 400 batang cili, maka inilah Ytc beritahu hal sebenar. 400 batang cili tu hanyalah untuk 'match' projek kawan Abang Man. Dia sorang je, kita ramai dan banyak kawasan pulak tu, Insyaallah cukup tanah untuk tanam 4000 batang..Hasilnya tak payahlah kita congak sekarang, nanti jadi macam Mat Jenin pulak. Pendeknya, target ini adalah munasabah dan boleh dicapai..
Kepada yang masih belum menyertai tetapi masih berminat, anda tetap dialu2kan. Lebih baik lambat sedikit dari tiada langsung. Tidaklah nanti terliur melihat hasil tuaian cili mencecah ribuan ringgit!
Wallhualam..

Jumaat, 16 Julai 2010

Projek Cili



Assalamualaikum

Di sebabkan ketandusan idea, Ytc bercerita tentang projek cili ajalah. Semoga dapat menyemarakkan semangat peserta2 projek di samping mengekalkan kemeriahan blog ini. Abang MB kata Ytc tak banyak kerja, so bolehlah tulis blog. Sebenarnya semua orang pun boleh tulis blog asalkan sanggup menggunakan sedikit masa. Sebenarnya untuk menulis artikel ringkas hanya perlukan beberapa minit sahaja kalau dah biasa.

Untuk makluman semua, projek 'kerahan tenaga' cili ni akan berjalan setiap ahad 8-11 pagi 'without fail'! Takde cuti, melainkan Hari raya je, kalau jatuh hari Ahad. Tahun ni tak jatuh hari Ahad, so takdelah cuti yek..

Sapa2 yang lambat akan dikenakan denda RM 5 untuk setiap jam. Maknanya, maksimum denda RM 15 sehari. Walaupun begitu, kita menggalakkan semua orang hadir ambil bahagian. Bukan bermaksud, jika sanggup bayar denda maka boleh sewenang2nya tak datang. Jika tak datang mesti ada sebab. Abang MB mahu agar projek ini berjalan dengan lancar dan beliau menegaskan disiplin seperti askar amat diperlukan untuk menjayakan projek ini. Sebab itulah Abang MB dilantik sebagai Ketua projek supaya beliau boleh menerapkan unsur2 disiplin askar ini kepada ahli2 semua..

Di samping itu, duit koleksi (termasuk denda) boleh kita gunakan untuk beli peralatan seperti cangkul dll. Sekarang cangkul ada satu, itupun ayah punya. Orangnya ada lima, terpaksa lak bergilir nak menyangkul. Borak je lebih, maka kerja pun kurang berjalan. Ayah dah cangkul 10 kaki, kita 5 orang baru cangkul sekelumit..

Backpacker ada cadangkan supaya guna mesin apa ke nama Back Ho (betul ke ejaan ni?). Anggaran RM 400, sekelip mata je terang. Rasanya modal tu mungkin boleh dikutip tapi takut nanti ada lak orang kampung jaki..So buat masa ni kita guna tulang empat kerat je dulu, dapat gak keluar peluh sikit2..

Wassalam..

Khamis, 15 Julai 2010

Speech By Robert Kiyosaki..

A very good speech by Robert Kiyosaki. For those who still do not have time to read his book, maybe you can listen to this.