Jumaat, 14 Mei 2010

Message From Chairman - Jauhkan dari Jin




Assalamualaikum

Semua yang dihormati,

Marilah kita ambil iktibar dari tazkirah Ustaz Rashidi:

1- Manusia lebih hebat dari jin dan syaitan. Oleh itu makhluk ini tak boleh mengganggu kita melainkan kita 'benarkan' dia mengganggu kita

2- Orang yang ter baik untuk mengubat diri kita adalah diri kita sendiri, orang lain hanya boleh mendoakan..

3- Perbuatan membuang jin dengan batang pisang adalah salah di sisi Islam. Dalam kaedah Islam -Matlamat tak menghalalkan cara, maknanya walau niat baik tetapi cara salah tetap tidak dibolehkan

4- Jika sudah terkena gangguan, kuatkan semangat, sentiasa berdoa dan membaca Alqur'an. Insya-allah Jin dan syaitan tu rasa tak berbaloi mengacau kita

5- Banyak bomoh palsu dalam masyarakat yang tak ketahuan hujung-pangkalnya. Kita tak perlukan mereka untuk ubatkan diri. Cara yang lebih baik adalah berjumpa orang solih dan minta mereka mendoakan untuk kita (di samping berdoa sendiri dan ingatlah orang salih tadi hanyalah hamba- Allah yang memperkenankan doa)

Marilah kita semua bertaubat atas segala kelemahan dan kesilapan kita termasuklah Ytc sendiri..

Wallahu alam..

Selasa, 11 Mei 2010

Rabu, 5 Mei 2010

Penyakit kuku, tangan dan mulut.

Anda perlu mewaspadai penyakit Tangan, kaki dan mulut. Walaupun sebenarnya merupakan penyakit yang tidak berbahaya dan akan dapat sembuh dengan sendirinya namun jika disertai komplikasi bisa menimbulkan kematian. Seperti yang terdapat di Serawak, Malaysia dimana 31 orang anak-anak meninggal dunia pada tahun 1997, di Taiwan, 78 orang meninggal dunia pada tahun 1998, di Brunei Darussalam 4 orang meninggal dimana pada bulan maret 2006 Brunei Darussalam menutup semua sekolah sampai batas waktu yang tidak ditentukan. Pada September 2000, lebih dari 1.000 anak-anak di Singapura telah didiagnosa mengidap penyakit HFMD.

Penyakit HFMD biasanya mewabah pada cuaca panas dan kering dan bisa menyerang siapapun anak-anak di mana saja tanpa mengira aspek geografi.

Penyakit HFMD atau dikenal dengan penyakit tangan, kaki dan mulut adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang menyerang bayi dan anak-anak yang berusia di bawah 5 tahun. Walaupun yang diserang kebanyakan adalah anak-anak namun orang dewasapun bisa terjangkiti kalau daya tahan tubuhnya sangat lemah. Penyakit HFMD ini tidak ada hubungannya dengan penyakit kuku dan mulut yang menyerang binatang ternak seperti:lembu dan biri-biri.

Jika anak anda menunjukkan tanda-tanda seperti:

- lemah

- tidak buang air kecil selama lebih dari 8 jam

- sariawan dalam mulut dan kerongkongan

- tidak berselera makan atau minum

- muntah

- kejang-kejang

- pucat

- pada bayi keluar air liur yang disebabkan karena sariawan

- demam panas (suhu 38 derjat Celsius atau lebih)

- ruam merah disertai dengan bintil berair di tangan, kaki dan sekitar mulut

- nafas cepat serta denyut jantung kencang

Semua tanda-tanda di atas kemungkinan menunjukkan penyakit tersebut menjadi lebih serius. Anak-anak yang berumur 2 tahun ke bawah mudah mendapat komplikasi-komplikasi penyakit ini. Oleh yang demikian, orang tua dinasihatkan supaya terus berwaspada akan tanda-tanda tersebut di kalangan anak-anak, karena sangat sukar untuk meramalkan anak-anak yang mungkin mendapat penyakit serius.Ada juga penderita yang hanya mendapat satu gejala, namun jika terdapat ruam berair di tangan, kaki atau saiawan di mulut maka berarti anak anda terinfeksi HFMD. penyebab penyakit ini adalah virus.Ada beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit ini. virus yang paling biasa adalah virus Coxsackie A16. Ada 23 jenis Coxsackie A dan enam jenis Coxsackie B. Virus Coxackie A16 biasanya akan sembuh dalam jangka waktu tujuh hingga 10 hari dan bioasanya tanpa komplikasi.

Sebagian kecil kasus HFMD juga disebabkan beberapa kumpulan enterovirus seperti enterovirus EV71. virus coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat dalam kelompok yang dikenal sebagai enterovirus seperti poliovirus dan enchovirus.

Komplikasi biasanya disebabkan oleh kekurangan cairan di dalam tubuh atau dehidrasi karena penderita tidak mau makan atau minum hal ini disebabkan karena sariawan. Virus enterovirus juga menyerang system saraf, otak dan jantung penderita sehingga menyebabkan radang otak meningitis dan inflamasi serta peradanganan otot jantung (miokarditis). Selanjutnya terjadinya kejang-kejang diiringi demam panas. Komplikasi inilah yang bisa menyebabkan kematian

Penyakit HFMD ini sangat berbahaya jika yang terinfeksi adalah bayi. Segera bawa bayi anda ke dokter jika bayi atau anak-anak yang terjangkiti HFMD mengalami demam panas, tidak mau minum susu, enggan minum air, muntah-muntah atau mencret karena memerlukan perawatan intensif. Juga dapatkan perawatan jika anak yang terjangkiti sesak nafas, susah bernafas, selalu tidur dan kelihatan lemah(meningitis). Atau rasa berdebar-debar dan sakit dibagian dada (miokarditis).

Gejala seperti demam biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat, sariawan akan hilang pada hari kelima hingga ketujuh sedangkan ruam merah di tangan dan kaki akan hilang dalam tempo 10 hari.

Penyebaran penyakit ini melalui kontak langsung melalui cairan yang keluar dari air ludah, air dari ruam, hidung, kerongkongan atau tinja si penderita.

Kultur virus biasanya mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Walaupun tidak ada perawatan spesifik, penderita yang tidak ada komplikasi akan diberi obat penurun demam dan obat sariawan. Penderita juga dianjurkan banyak minum air putih.

Langka-langkah pencegahan:

1. anak-anak yang mengalami gejala HFMD harus dibawa ke dokter secepat mungkin

2. anak yang terinfeksi jangan dibawa ke tempat-tempat umum seperti: pasar, kolam renang, sekolah, dsb

3. menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan setelah ke luar dari toilet, setelah melakukan pekerjaan rumha yang tidak bersih.

4. jangan bertukar barang seperti: handuk,sikat gigi, pakaian dan sebagainya.

5. adik beradik hendaklah dipisahkan dan jangan dibiarkan bermain bersama jika salah seorang mengidap penyakit HFMD sampai benar-benar sembuh.

6. jika demam anak tidak turun setelah diberi obat segera bertemu dokter.

Ahad, 2 Mei 2010

Jadual jaga ibu..

Dibawah adalah jadual menjaga mak.. Mana2 tarikh yang bertindih dengan andak bermaksud giliran andak. Harap maklum..


Birthday mak

Assalamualaikum

Dulu masa mak sihat, Ytc selalu tengok malam2 mak sorang2 je. Takda orang temankan. Mungkin itu salah satu sebab kesihatan mak cepat merosot. Ytc rasa mesti ada orang temankan setiap malam. Kita buat giliran. Kalau nak lebih baik, elok bawa keluarga masing2 tidur sekali kat rumah mak.

Ytc minta tolong Backpacker buatkan jadual baru. Pagi Ipoi/ Noni ada rumah. Angah pun ada siangnya. Ytc minta tolong juga Angah tengokkan mak. Majoriti setuju. Kerja2 rumah Noni pun banyak membantu jadi Angah taklah susah sangat. Yang penting, dia temankan mak so kalau ada apa-apa mak perlu, mak boleh cakap dengan Angah.


"Bawak bertenang. Biar Maklong rasmikan dulu", Ujar Maklong pada Sirhan Aiman yang ingin menerpa. Nasib baik Ina sempat menahan Sirhan..

Patutlah masing-masing tak sabar. Kek yang menyelerakan..


Licin dikerjakan oleh Maklong..



Mak Andak makan kek macam makan nasi. Patutlah tak cukup..



Kek-kek yang habis licin


Protes tak dapat kek agaknya..


Bonda hanya memerhatikan telatah maklong yang menghabiskan kek..



"Hari ni semuanya sedap. Nasi Ayam sedap, kek pun sedap", kata Abang MB. "Patutnya potong kek ni lepas makan nasi, barulah cukup!", tambahnya lagi..



Daus tengah nak main pinggan kaca 'pause' sekejap bila gambarnya diambil..



"Cuba mak teka hadiah apa ni", tanyah Ateh. "Blackberry Organizer kut", jawab mak..

"Tak kuat pun bunyi Quran Digital ni!", komen Kaklong."Kalau nak kuat kena panggil orang yang mengaji tu baca kat sini!", sampuk Abang MB..

"Inilah dia subang berlian 33 karat yang kami beli untuk mak. Ehh, apasal ketat sangat ni?", soal Kaklong. "Kaklong excited sangat sebab tu takleh buka", jawab Abang MB..

Ateh cuba merebut subang berlian dari tangan kaklong..

"Wah cantiknya subang ni.."


"Manual ni cakap Jepun ke cakap Jawa", tanya Abang Long. "Bulan depan Abang Long lak bagi tazkirah. Topik bebas!", celah Ytc pula..

Sekian..

Jumaat, 30 April 2010

Message From Chairman- Standing Instruction


(Contoh Standing Instruction)

Assalamualaikum

Terimakasih kepada yang sudah membuat Standing Instruction (SI). Kepada yang belum, minta tolong buat minggu depan. Anda boleh buat terus tak perlu tunggu tarikh bayaran. Contohnya kalau anda di minta buat bayaran pada 6/5/10 maka tak perlu tunggu sehingga 6/5 baru nak buat SI. Anda boleh buat sebelum itu dan letakkan tarik permulaan bayaran pada 6/5..

Pada kali ini, Ytc minta semua membuat bayaran RM 70 sebulan kerana jika kita menggaji orang, anggaran adalah RM 500 sebulan. Kemudian RM 200 sebulan adalah hal-hal lain. Kita mesti ingat bahawa collection Taahas telah banyak berjasa diguna untuk bermacam-macam perkara seperti membaiki rumah, membayar cukai tanah, kenduri, membayar tunggakan air (RM 5000) dsb. Jadi jika kita ada cukup lebihan duit Taahas, maka tak perlulah kita mengutip lagi jika ada keperluan di masa hadapan.

Andaikan kita tidak menggaji orang pun, duit lebihan tadi boleh kita extend keperluan untuk hal-hal mustahak yang lain. Sebagai contoh- membantu anak-anak yang masuk kolej/ universiti. Sekarang semakin susah mendapat biasiswa. Jika mendapat pinjaman pula, kita tetap perlukan wang yang banyak untuk bayaran mula masuk kerana pinjaman mengambil masa untuk diluluskan. Di sinilah pentingnya tabung yang dapat membantu anak-anak yang berjaya tadi terutamanya jika ibu-bapa kurang berkeupayaan dari segi kewangan.

Walaupun RM 70 adalah besar tetapi jika kita merenung balik, maka kita akan dapati amaun itu adalah sesuai kerana harga barangan/ perkhidmatan semakin meningkat. Lagipun RM 50 kita sudah 'commit' untuk membayar mengikut meeting2 yang lalu. Cuma RM 20 sahaja tambahan. Andaikata duit Taahas tetap berlebih juga, kita boleh gunakan untuk melabur pada tempat2 yang sesuai dan hasilnya kita nikmati bersama-sama..

Ytc akan berusaha mendapatkan persetujuan ayah agar menyumbang sebahagian dari duit tanah yang dia akan terima pada masa akan datang. Sekarang ini belum tahu bila. Jadi ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kewangan Taahas dan kita semua tak perlu risau akan 'collection'2 on 'adhoc basis'. Maknanya ada satu collection sahaja untuk semua perkara.

Dengan komitmen kita semua dan juga dengan bilangan kita yang ada, kita boleh jadikan usaha ini satu kejayaan yang besar. Anak-anak besok boleh mencontohi tindakan yang kita ambil pada hari ini.

Ytc juga ingin memaklumkan bahawa Ateh telah dilantik menjadi bendahari Taahas yang baru mengganti Uji. Terimakasih pada Uji atas segala usaha yang dijalankan. Sedikit sebanyak Uji juga telah menyumbang untuk mengutip Tabung Taahas dan kita semua bersalah kerana tidak memberi kerjasama yang baik kepada beliau untuk mengutip Tabung Taahas..

Ateh dipilih kerana pada pengamatan Ytc, beliau lebih free (kerja gomen) dibanding dengan Uji. Yang kedua, Ateh dekat dan mudah kalau dia nak bayar apa-apa sebagai contoh gaji orang gaji dsb..

Andaikata ada yang tidak mampu untuk membayar RM 70 tadi, sila hubungi Ytc. Kita akan memikir bersama cara-cara yang sesuai untuk meringan beban beliau. Insya allah Ytc boleh bantu sedikit tapi bukan untuk semua oranglah..Jadi, minggu depan marilah bersama-sama membuat SI yang mana akan memudahkan bendahari menjalankan kerja beliau. Seperti yang Ytc telah SMS, jadual SI spt berikut

Kaklong setiap 1 hb
Abang Man setiap 2 hb
Ytc setiap 3hb dan seterusnya

Jika ada yang terlajak tarikh, boleh letak tarikh bulan 6, kemudian untuk bulan 5 boleh bayar secara manual terus kepada bendahari. Pada kali ini, semuanya terbabit termasuklah Kaklong dan Saiful..

Sekian..Terima kasih..