Selasa, 17 Februari 2009

Ibu tercinta.. Pengorbananmu tidak mungkin dapat ku balas..


Ibu kita yang tercinta sememangnya seorang yang sangat tabah. Segala perit jerih dan kepayahan dilalui semasa membesarkan kita. Ibu sentiasa cuba untuk mencukupkan keperluan kita semasa kita kecil. Dengan cabaran membesarkan sepuluh orang anak ramainya, tentunya bukanlah sesuatu perkara yang mudah.


Pekerjaan ibu di kilang roti dengan gaji yang tidak seberapa menyebabkan ibu terpaksa bekerja siang dan malam. Ibu sering membuat kerja lebih masa bagi memastikan mendapat pendapatan tambahan. Perbelanjaan persekolahan anak-anak menjadi keutamaan ibu. Yuran sekolah, pakaian dan buku perlu ibu sediakan. Ibu hanya mengharapkan anak-anak mendapat ilmu pengetahuan secukupnya bagi menempuh alam pekerjaan. Tiada apa yang lebih membanggakan ibu apabila melihat kejayaan anak-anaknya.


Bangun seawal jam 4 pagi adalah menjadi rutin harian ibu. Anak-anak perlu dipastikan ke sekolah. Bekalan makanan dan minuman disiapkan. Sarapan pagi sentiasa tersedia. Wang belanja diberi. Tidakkah kita pernah terfikir tentang pengorbanan ibu ini? Sesungguhnya rutin ini bukanlah sesuatu yang mudah. Malahan kita sendiri pun tidak mungkin dapat menandinginya..


Hari demi hari berlalu. Kini anak-anak ibu semuanya telah bekerja. Ibu fikir dapatlah ibu berehat di rumah. Tugas ibu bolehlah difokuskan untuk menyediakan makan pakai ayah di rumah. Kain baju pun tak banyak untuk diuruskan. Namun sangkaan ibu tidak tepat. Ibu perlu menyambung tugas. Cucu-cucu perlu disiapkan ke sekolah. Makan pakai cucu perlu disediakan. Sesekali ibu mengeluh penat...


Kalau dulu ramai anak-anak ibu yang membantu. Ke kedai boleh disuruh anak. Memasak ada yang membantu. Kain baju tidak ketinggalan. Menyapu dan mengemas rumah juga dibantu. Kini anak-anak semuanya telah berpindah. Masing-masing telah bekeluarga. Ibu perlu melakukan tugas harian ibu sendiri. Ke kedai sendiri, memasak sendiri, menguruskan kain baju sendiri, mengemas rumah juga sendiri..


Kita terfikir, bagaimana kita dapat meringankan tugas ibu. Jika ditanya siapa yang sanggup tinggal dengan ibu, mungkin ramai yang sanggup. Tetapi jika ditanya semula siapa yang sanggup tinggal bersama ibu dan mengambil alih tugas ibu, tidak ramai yang sanggup. Anak perempuan ibu sudah komited dengan suami. Bagaimana pula dengan anak lelaki? Adakah isteri kita sanggup membantu ibu sepenuh masa? Sukar untuk kita memberi jawapan.


Kita masih boleh membantu ibu. Orang gaji, "maid" atau bibik adalah jawapannya. Disinilah peranan "Tabung Anak-Anak Haji Abdul Shukor (taahas)" diperlukan. Mungkin sebahagian dari kutipan dana taahas ini perlu kita guna bagi mencari dan menggajikan seorang bibik bagi membantu tugas harian ibu. Kehadiran orang gaji ini sememangnya akan menjadi satu bantuan yang paling penting di rumah ibu... Fikir-fikirkanlah...

13 ulasan:

  1. ok... betul...
    kalau nak carik yg ok... mgkin makcikcun bleh tlg...agent indon tuh, makcikcun masih ada no ponnya... tapi kalau nak byr... kita semua kena contribute... secara committed RM 50.00 sebulan...

    BalasPadam
  2. makcikcun rasa... idea maid nih memang bernas... tapi kene pilih betul2... amacam sume... ?

    BalasPadam
  3. ego rasa mak mesti kurang setuju.... cuba anda tanya isteri masing2, sanggup kah mereka mengambil maid atau mereka sendiri yang bersusah payah mengurus rumahtangga... jawapannya hanya ada pada isteri anda dan adik beradik perempuan kita... begitu juga emak, beliau tidak akan selesa dengan maid yang sememangnya beliau tidak harapkan dan percayai... bagi pandangan hamba, kita selaku anak2 cuma perlu meluangkan sedikit masa utk emak, walaupun hanya dihujung minggu utk bertanya makan minum emak, membantu mengemas, membeli barang2 dapur dan sebangainya... emak bukan mengharap maid yang melakukan tugas2 harian rumah, tapi cuma mengharap perhatian anak2 yang sudah besar, berkeluarga, datang menjenguk nya dan membantu nya sekali sekala, di samping beliau dapat melepaskan rindu kepada anak dan cucunya.... fikir2kanlah....

    BalasPadam
  4. bolt selalu bertanya pada emak, siapa yang balik di hujung minggu? jawapan mak "takde sape2 pon..." dengan raut wajah yang kusam dan sedih... kadang2 juga mak ada berkata "ingatkan ada yang balik, dah masak banyak2 tapi xda orang pun..." mungkin kadangkala kita berfikir bila kita balik kita menyusahkan emak dengan emak terpaksa memasak banyak dan lain... tapi terfikirkah kita masakan yang beliau sesalu masak, sajikan kepada anak2 beliau, kita tiada pun yang datang utk menyantap makanan tersebut.... isteri, kita boleh membantu emak memasak di dapur jika kita balik tapi bukan menjadi satu alasan jika kita menyatakan kita menyusahkan emak... kita semua memang faham, mulut emak memang pedas, tapi hati dia sebenarnya terlalu lembut dan baik sehingga kita menjadi "manusia"....

    BalasPadam
  5. abang rasa tak perlu maid sepenuh masa. Cukup dengan part time pembantu. Mungkin pembantu ni boleh datang buat kerja sehari 2 jam atau 3 jam. Pembantu ni boleh tanya orang2 sekitar yg berdekatan. kita pun tak payah bayar tinggi. Mak pun masih ada privacy

    BalasPadam
  6. tapi u all tau tak... mak slalu ckp ngan uji...bila nak balik?? mak senang kalau ada maid... ari tuh...tinggalkan wiji kat umah mak 2 hari... sbb dia takleh ikut gi pd... mak dah ske gila.... mak ckp kalau tinggal lelama lagi bagus... ada org tolong...

    mak slalu mengeluh ngan uji... dia penat buat keje umah... bla...bla...bla... tentang ada adik bradik kita yg buat dia stress.... itulah inilah...

    dia selalu ckp dia dh tua... tak larat lagi nak buat keje2 mcm jaga cucu2 nih... tapi dia takut side income dia takder...

    tapi terpulanglah kat u all... pd makcik... keluhan2 mak tuh...seolah2 dia nak sampaikan yg dia nak maid... sbb dia pnah tanya...brp uji ambik... byr agent brp... byr bulan2 brp... dia kata kalau dia ada satu pun bagus... macam umah makcik zali....

    so... fikir2kanlah....

    ini bukan masalah privacy lagi... masalahnya dia dah tak larat nak wat keje umah... dan dia slalu ckp pd makcikcun... mgkn pd u all dia tak pnah bsuara... sebabnya.... u all takkan memahami.... betapa penatnya membuat keje umah yg tak pnah habis....

    BalasPadam
  7. kasih sayang menjenguk sahaja x cukup.. Aper erti kalau datang menjenguk selalu tapi x pernah membantu??? I knew what mom need. Ask mom who among her "daughter in law" who always help her...

    BalasPadam
  8. sebenarnyer dengan setiap orang mak akan mengeluh n bercakap benda yang berbeza... tapi kesimpulannya hanya satu, mak perlukan lebih perhatian daripada kita... itu jer... baliklah selalu, dekati mak kita supaya dia tidak merasa anak2nya semakin berjauhan dengan kita... lagi ramai yang ambil berat pasal dia, lagi senang hati dia.... balik, dengar dia bercerita, tolong2 di rumah, pasti hati dia akan tenang.... dia suka dikelilingi anak2 dan cucunya...

    BalasPadam
  9. apa la korang ni ... nak amik maid amik je la.. rasa tak ok cancel..

    lagi bagus amik la...kos tinggi takpe..belanja korang lagi tinggi... share ramai2. takkan nak tunggu sampai mak tak leh wat keje ,baru amik maid... biar amik maid sekarang, mak dapat releks,dapat jalan,dapat enjoy sikit di hujung usia..

    BalasPadam
  10. dah amik maid janganlak bolt bagi tambahan keje kalau balik, kang lari lak maid tu.. basuh moto, kete tu sendiri la...

    BalasPadam
  11. collection umah 50 + maid 50 = rm100 sebulan...
    sorang kuar rm100 sebulan je tapi mak senang smpai akhir hayatnya... bebanding mak kuar semua duit yang mak ada ...UNTUK KITA dulu. jangan pikiq lagi.

    BalasPadam
  12. silap2 uncle black minta kerah tenaga maid tu buat grill, pasal awning, lagi mautt.... satu hal lak begadoh dengan mak kang....hahah...

    BalasPadam
  13. kita akan bawak perkara nih ke dlm bilik meeting taahas... alright?? makcikcun memg stuju amik maid utk mak... masalahnya makcickun tgh apply kpli... di buatnya dpt... makcik takleh bg duit nanti... u all bising plak.... apa2 pun tuh kemudian citer.... skang nih kita arrange meeting dulu.... ok tak sume??

    BalasPadam