Sabtu, 20 Jun 2009

Hadiah Along!

Along, pls collect your price from Nenek at Sg Ramal.


This is the price as lucky winner as a 4000th guest of Taahas blog..


Excerpt from Interview with Along Fikri:

Wartawan Taahas: Tahniah diucapkan pada Along kerana berjaya menjadi pengunjung ke 4000 blog Taahas!

Along Fikri: Terima kasih..

Wartawan Taahas: Apakah perasaan Along setelah dinobatkan sebagai pengunjung bertuah?

Along Fikri: Saya sangat2 berbesar hati dan gembira kerana berjaya memenangi cabutan yang diadakan buat julung2 kali ini dan berharap agar cabutan bertuah ini akan diteruskan pada masa akan datang..

Wartawan Taahas: Apakah strategi yang digunakan untuk memenangi hadiah Taahas ini?

Along Fikri: Saya tida ada strategi yang tertentu. Agaknya memang saya ini seorang yang selalu bertuah, jadi sebab tulah saya memenanginya..

Wartawan Taahas: Ada khabar angin yang mengatakan Faisal, adik along telah refresh blog Taahas sehingga ke angka 4000... Any comment?

Along Fikri: mmmm....aaaa.... takdelah ini cuma gossip liar semata2 yang ingin menjatuhkan saya. Tapi saya yakin gosip ini tak menjejaskan populariti saya..

Wartawan Taahas: Tapi mengapa Along agak gementar bila diajukan soalan begitu?

Along Fikri: Eh...takdelah! Saya biasa je.. cuma cuaca agak panas..

Wartawan Taahas: Untuk bulan Julai ini, kami difahamkan Ytc bemurah hati ingin menaja hadiah untuk post terbaik pula. Adakah Along Fikri mempunyai perancangan tertentu untuk memenangi hadiah post terbaik pula?

Along Fikri: Buat masa ini, saya belum memikirkan lagi tentang pertandingan tersebut. Memandangkan jadual saya yang agak ketat sekarang, tetapi manager saya akan meniliti syarat-syarat pertandingan tersebut terlebih dahulu..

Wartawan Taahas: Wah! Along sudah ada manager sekarang?

Along Fikri: Yup. Saya terpaksa mengambil manager sebab urusan saya semakin bertambah sekarang. Kalau encik berminat, boleh hantar resume sebab saya bercadang untuk mengambil personal assistant pula..

Wartawan Taahas: Terimakasih ajalah Encik Fikri. Saya lebih selesa dengan tugas saya sebagai wartawan sekarang.

Along Fikri: Well...no problem. But if you change your mind, here's my card..

Wartawan Taahas: Terimakasih sekali lagi En Fikri kerana berminat mengambil saya sebagai pembantu En. Fikri

Along Fikri: Your wellcome. You know nowadays..we just can't do everything by ourself..can we? Just give me a call if u interested. I'll give you a best package you just can 't resist..

Wartawan Taahas: En. Fikri, apa yang En. Fikri katakan ini? Saya tak berapa fasih berbahasa Inggeris..

Along Fikri: Oppss..maafkan saya. Maklumlah zaman internet yang serba canggih sekarang, kita kalau mahu maju mestilah faham dan fasih bahasa Inggeris.

Wartawan Taahas: Baik En Fikri. Terimakasih kerana meluangkan masa untuk interview ini

Along Fikri: Same-same..
Yours Truly Chairman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan