Khamis, 17 Disember 2009

Happy Birthday Aisyah!

11 tahun yang lalu, Jumaat jam 12.30 tengahari bertempat di Subang Jaya medical Centre lahirlah seorang bayi perempuan yang comel. Bayi yang amat dinanti2kan oleh seluruh famili itu dinamakan Siti Aisyah. Kecil molek orangnya (sebesar sebiji bola je bila dibungkus), sawo matang kulitnya dan kuat teriakannya! Misi2 kat situ pun kata"...eeeiiii kuit aje baby ni..."

Kini , sedar tak sedar masa berlalu usianya menginjak ke 11 tahun (18 dec). Aisyah bukan lagi baby kecil Ytc tapi telah tumbuh menjadi seorang gadis pingitan. Ytc bawakan foto-foto untuk mengimbas kembali kenangan bersama Aisyah...



Bersama Zirafah dan... Cikgu Andak / Cikgu Zam di belakang rumahnya..(masa tu Cikgu duduk belakang Zoo negara)



Bersama Makcikcun dan motor uncle Black. (sebenarnya nak ambil gambar dengan Motor TZM baru Uncle Black bukannya Makcikcun hehe...)



Backpacker cuba memujuk Aisyah untuk menyerahkan kuih pada Birthday yang pertama..



Bersama ayam goreng ibu...U. Black dan Ustaz Saiful tu gambar hiasan je..



Bersama nenda dan botol cucu (susu)..."ni macam Ytc masa kecik2", kata nenda merujuk kepada ayahanda Aisyah




Cantik tak rambut saya yang panjang ni?



Bersama Bolt dan Black. Sementara masih boleh diselamatkan lagi foto ni...



Bersama Nadia, Naufal dan Shauki. Lihat sajalah badan Nadia dulu!



Dulu kulit macam uncle Black. Satu hari nenek Simah cakap, "Apa kena dengan kulit anak engko ni Jis? Hangus!! Agaknya Wati marah kat Sahak ke masa mengandung dulu?"...apa tak marahnya. Uncle Black main gitar bising tiap2 malam!



Bersama Bonda yang masih cun melecun..



Bersama Nazirah yang hebat bergaya dengan Rayban..



Wahh! Kecil2 dah pandai bergaya!



Satu famili di Langkawi..



Yahooo!!! Bestnya naik train! masa ni dalam keretapi tanah Melayu Senandung Malam Syahdu



Turun dari Telaga Tujuh, Langkawi. Nazirah sedang layan botol.



Kat bilik Hotel Delta Paradise, PD



cayang ayah!



Manjanya Aisyah ni...Nazirah hanya mampu melihat..


Sedang Relax di PD



"comel tak saya?"



Yang ni pulak macam orang Penan pegang Busur!



Bestnyerr tido kat Hotel!

Ni gambar kat rumah yang ke-3 dekat dengan Surau Sg Ramal Baru. Setakat ni Ytc dah duduk 7 biji rumah!
1. Rumah mak
2. Rumah sewa Paklang Ayim, Sg Merab
3. Rumah sewa dekat dengan surau Sg Ramal Baru
4. Rumah sewa Sumarandang, Sg Ramal Baru
5. Rumah sewa Bandar Tasik Kesuma
6. Rumah sewa Lazenda Villa 6, Kg Bukit Kalam, Labuan
7. Apartment sendiri Anggerik Villa II, Bandar Teknology Kajang



Inilah gambar terkini Aisyah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan