Assalamualaikum
1. Terimakasih semua kepada yang melapah/ memasak sup kambing/ kari dan yang hadir semalam..
2. Malam tadi Ytc mendapat mesage dari Abang MB tentang kehilangan wangnya di rumah mak. Ytc belum sempat berkomunikasi dengan Abang MB, jadi belum dapat pastikan berapa banyak. Apapun yg penting bukan amaun, tapi kenapa ini berlaku? Kepada sesiapa yg mengambil duit tu, sila pulangkan..
Sekadar gambar hiasan- ini bukan gambar wang Abang MB yang hilang..
3. Insya allah Saiful Bahri akan melangsungkan perkahwinan di Padang, Indonesia pada 2 April 2020(Nikah). Manakala majlis akan diadakan pada keesokan hari (3 April 2010). Kaklong minta agar dibuat pada cuti sekolah (13-21 March), tapi belum tahu lagi samada dapat diubah atau tak. Ipoi pun tak dapat dihubungi dari malam tadi. Pagi ni pun tak dpat dihubungi (entah2 tido lagi). Yang dah confirm pergi ke Padang secara sukarela ialah ayah, Ytc ,Kaklong dan B.Packer. Yang kena paksa pergi ialah Black dan yg masih menunggu licence solex ialah Bolt. Cikgu Andak, kalau baca post ni sila call semula sebab anda gagal dihubungi..
4. Pembantu untuk mak telah dapat dikenalpasti. Kerja Sabtu dan Ahad sebanyak RM 50 untuk 2 hari. Tapi tidaklah sampai petang. Agak2 pukul 2 tu dah habis keje, bolehlah dia balik. Jadi belanja adalah RM 200- RM 250 sebulan. So kita buat collection. Caranya begini...
20-21 Feb Abang MB RM 50
27-28 Feb Ytc RM 50
6-7 Mar Ateh RM 50
13-14 Mar Cikgu Andak RM 50
20-21 Mar Black RM 50
27-28 Mar B.Packer RM 50
3-4 Apr Makcikcun RM 50
10-11 Apr Bolt RM 50
....dan seterusnya
Cara bayaran ialah samada pergi ke rumah mak pada hari tersebut dan bayar terus kepada pembantu tadi atau berikan pada mak bila free atau jika tidak free boleh pesan dengan sesiapa je. Sengaja Ytc taknak appoint seorang untuk kutip duit kerana cara ni tak berkesan bila kita semua ambil ringan macam yuran Taahas (termasuklah Ytc). Sekarang masing-masing kenalah pastikan giliran tak miss ok...
Untuk round pertama ni, Ustaz Saiful dikecualikan sebab nak kahwin. Tapi untuk round kedua, dia pun akan dapat giliran selepas Bolt. Kaklong dikecualikan.. Jika Ytc tak sempat update table diatas, kena kira sendiri tarikh anda ye..Caranya mudah je, giliran ikut yang tua dulu (bukan yg banyak duit dulu hehe). Kalau malas nak kira, talipon aja orang lain dan tanya giliran sapa minggu tersebut.
Berita terkini- Ustaz Saiful telah menghubungi Ytc kejap tadi dan beritahu tarikh 2 April itu telah dimaklumkan pada sanak saudara pihak perempuan. Malah mereka telah memanggi mesyuarat untuk menetapkan tarikh tersebut. Oleh sebab itu, Ytc rasa adalah lebih baik kita teruskan dengan tarikh tersebut untuk memberi kemudahan pada majoriti pihak. Duit ayah pun ada harapan dapat kalau buat pada tarikh tersebut. Jika pada cuti sekolah mungkin tak sempat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan