Jumaat, 23 April 2010

Cara2 Penggunaan Inhaler dan Terapi Pernafasan


Assalamualaikum

Cara-cara penggunaan Inhaler:

1. Guna setiap 6 jam- Pukul 6 pagi, 12 tengahari, 6 petang, 12 malam.

2. Buka penutup inhaler. Sambungkan ke corong dengan button inhaler menghadap atas. Tekapkan corong dengan rapat ke mulut emak. Tekan button Inhaler sekali. Tunggu sehingga sepuluh sedutan (boleh lihat penanda biru bergerak). Rehat 30 saat dan uang proses tadi untuk kali kedua

3. Inhaler mesti dibersihkan setiap bulan kata doktor. Tapi Ytc rasa sebulan lama sangat. Kita bersihkan setiap 2 minggu. Caranya rendam dalam air panas. Kemudian biarkan kering sendiri. Jangan dilap. Bahagian dalam corong jangan dipegang.


Cara-cara penggunaan alat terapi pernafasan.(Bebola)

1. Guna setiap satu jam melainkan jika mak tidur.

2. Suruh mak menyedut dengan kuat agar bola2 terangkat. Ulang proses ini untuk beberapa kali. Kemudian suruh mak menyedut secara panjang-panjang pula. Jika mak penat, rehat sebentar sebelum proses tadi diulang2..

Ytc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan