Rabu, 28 Julai 2010

Rumah di Olak Lempit.

Salam. Backpacker ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada andak yang sudi meminjamkan nama bagi membolehkan pinjaman pembelian rumah backpacker di Olak Lempit. Rasanya tanpa bantuan andak, mungkin pinjaman tidak akan diluluskan dan backpacker tidak mungkin berpeluang memiliki rumah idaman (rumah diatas tanah). Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada abang zam kerana memberi kebenaran kepada andak bagi membantu backpacker.

Insyaallah rumah tersebut akan siap pada awal tahun iaitu Februari 2011. Rumah ini akan menjadi tempat tinggal backpacker sekeluarga dan bukanlah sebagai satu invesment untuk disewakan.

Terima kasih juga kepada adik beradik yang lain yang tidak teragak-agak memberi persetujuan meminjamkan nama apabila bantuan diminta. Bantuan seperti ini sangat dihargai oleh backpacker sekeluarga.

Akhir kata, sekali lagi terima kasih diucapkan umumnya kepada semua yang terlibat dan khususnya kepada Abg Zam dan Andak sekeluarga...

Unit rumah contoh.

Tanah tepi tidaklah luas. Sekadar mempunyai sedikit ruang bagi anak-anak bermain.

Rumah yang insyaallah akan siap pada Februari 2011.

Inilah unit sebenar rumah tersebut.

Masih didalam pembinaan. 60% siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan