Memaparkan catatan dengan label AIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AIR. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Januari 2010

Azam Ishak Resources Part 4- New Development Project?

Ada yang bertanya tentang projek Azam Ishak Resources(AIR). Kenapa senyap jer? Sebenarnya ada aktiviti yang dilaksana tapi tidak berapa rancak sebab kekangan masa dan tenaga (sebenornya takde duit).

Pada cuti Tahun Baru baru2 ini, Ytc, Abang MB dan Black sempat menjengok situasi terkini di tanah Senaling untuk memantau aktiviti2 pembangunan di sana. Kami ingin menilai keadaan sebelum memutuskan samaada ingin menjual tanah tersebut, bangunkan atau simpan aja.



Black yang di bawa untuk memandu tapi tido besar-besaran.. Kami bertolak sepatutnya pukul 11.30, tapi tunggu Black dekat pukul 1.00 baru sampai lepas tu baru nak beli kasut.. Black macam tak bersalah je datang lambat langsung tak sms..


Baru sampai. Jalan raya memang sudah ada, cuma jalan masuk yang masih tanah merah tetapi sudah banyak jalan2 yang dibuat oleh lori atas tanah2 bersebelahan..



Tanah ini atas bukit, jadi untuk memasukinya kena panjat bukit dulu melalui sederet tanah orang lain dulu sebab tanah AIR adalah di baris kedua. Alternatif lain adalah melalui lorong yang di buat oleh lori dengan memandu 4X4..



Abang MB baru balik kerja terus membawa kami ke lokasi. Jalan lengang kerana ini bukan jalan utama. Apa pun bukan jalan mati sebab boleh tembus ke Bahau..



Tanah bukit yang subur. Sesuai untuk tanam deroyan. Kami nak tolak dan tanam 50 batang deroyan cuma tak tahu lagi nak tanam untuk diri sendiri atau untuk anak-cucu. Mungkin kombinasi. GPS tak bawa pulak, so nanti kena bawa Backpacker untuk gunakan skil beliau menanda sempadan.. "Kalau nak senang kita tandakan tengah2 je lepas tu kita mula dari situ ", cadang Abang MB. " Lepas tu kita datanglah tiap2 minggu bawa gergaji mesin bersihkan tanah", tambahnya lagi. "Rasa2nya elok kita panggil jentolak jelah bang", balas Ytc pulak..



Hujan lebat sewaktu mendaki bukit Senaling. Motor Abang MB mula-mula lepas, tapi lepas tu sangkut kat becak. Abang MB cuba menarik motor keluar tapi gagal sampai patah skru besi alas kotak..



Black tolong barulah dapat keluar. (Barulah terasa untung bawak Black). Ytc tolong ambik gambar..



Abang MB balik kerja belum sempat makan tengahari so kelaparan. Lepas tengok tanah singgah di kedai makan tepi jalan. Dapat roti pun jadilah... Berkenalan dengan Pakcik Husin Akar Kayu dan rakan-rakan (Bukan berkenalan dengan awek ye..). Kami bertanya tentak projek pembangunan. Rupa-rupanya projek dijalankan oleh orang perseorangan bukannya kompeni atau gomen..
Kami bersembang dengan Pakcik Husin Akar Kayu. Pakcin Husin Akar Kayu dah berusia lanjut mungkin dah 70an tapi badan cantik ketul2. Perut pun boroi sikit je tak macam Abang MB. "Pakcik dah 17 kali jumpa rimau kat sini..", ujar beliau. "Kawan saya pun jumpa Ular Sawa tinggi ni!!..", tambah Abang MB seraya menunujukkan pehanya. Masa perjalanan pulang Black tanya Ytc.."Ada ke Ular Sawa besar tu?. Ytc jawab memang ada ular sawa besar tapi tak tahulah kalau tinggi lutut dah berapa kaki lak panjang tu. Abang MB exaggerate kot hehe..



Satu panorama indah di Senaling, Kuala Pilah. Agak2 hendak ke Mrs MB/ Mrs Ytc/ Mrs Black tinggal kat sini? "Boleh tu boleh, tapi takut kena g Seremban shopping tiap2 hari, jenuh!", jawab Abang MB..



Kampung yang berbukit-bukit dan suasana nyaman. Tak dengar bunyi apa2 bila nak masuk senja kecuali bunyi cengkerik. Penduduk pun ramah..
Balik kami singgah kat Branang makan sup tulang dulu kat restoran favourite Abang MB. Sampai rumah dah dekat pukul 11 malam, Ytc tak sempat hantar kembara cuci-cuci. Last2 parking kat bawah tu, sembur dengan pili bomba je (cover-up sikit)..

Ahad, 20 September 2009

AZAM ISHAK RESOURCES - Part 3

Land Survey at Senaling and Sri Menanti.

Selepas berhenti sejenak di Ulu Bendul, Ytc dan Abang MB meneruskan perjalanan ke Senaling, Kuala Pilah. Walaupun tanah yg kami survey itu berdekatan dengan jalan besar tetapi laluan masuk agak mencabar. Kami cuba menggunakan 4X4 tetapi tiada laluan masuk dan jalan yang bertebing tinggi dan semak-samun. Akhirnya kami terpaksa menapak dan memanjat bukit yang curam. Mujurlah Abang MB dan rakannya tuan tanah En. Rahman membawa parang. Bolehlah menebas dan membuat laluan. Terasa gigil lutut Ytc memanjat bukit. Maklumlah dah lama tak main badminton. Pertengahan jalan, kasut En. Rahman pulak terkoyak. Tanah hutan yang agak lebat itu ada harimau, kata En. Rahman.

Tanah di Senaling ini luasnya dua ekar lebih. Kami berpusing2 mencari batu tanda. Sementelahan pula sedang berpuasa, terasa dahaga dan kepenatan. "Pahit tekak abang", ujar Abang MB. Akhirnya kami temui juga batu tanda tersebut tetapi masalahnya kami tak tahu batu tanda itu batu yang mana satu di dalam peta. Alat GPS pun kami tak ada..


Abang MB menapak menelusuri denai2 di Sri Menanti

Setelah 'mensurvey' tanah di Senaling, En Rahman membawa kami menuju tanahnya di Seri Menanti pula yang terletak lebih kurang 40 minit perjalanan. Tanah ini luasnya 4 ekar dan sudah ditanam dengan anak pokok getah. Cabaran juga nak masuk ke dalam kerana jauh dari jalan besar..dan jauh dari kampung. "Kalau duduk di sini memang tak jumpa orang...", ulas Ytc



Laluan terhalang oleh dahan pokok yang tumbang. Kelihatan 'bodyguard' En. Rahman (anak bujangnya) sedang melibas dahan2 tersebut untuk memberi laluan kepada kembara..



Tanah di Seri Menanti ni memang cantik dan luas. En. Rahman nak jual RM 50,000. Pokok durian dan pokok petai pun dah membuahkan hasil! Risda pulak sedang menyiapkan pagar dan juga anak getah telah di tanam. Tergugat juga kami kecantikan tanah ni. Macam anak dara sunti yang hanya menunggu masa untuk disunting...ahakks! Di tengahnya pulak ada lembah yang sesuai untuk di buat kolam ikan...




Ini baru High Chaparral! Tanah Seri menanti mengunjur ke atas puncak bukit yang tirus dan berbentuk oval dan unik. Walaupun oval tetapi di sudut2 tertentu, terdapat cerun2 dan lurah yang mengunjur keluar..



Inilah wajah hensem En. Rahman tuan tanah..



(Sekadar gambar hiasan). Di pertengahan jalan, laluan kami tersekat lagi. Kali ini disebabkan kehadiran bukit berpasir yang tirus. Abang MB cuba memanjat naik tapi kembara tak bergerak. Hanya roda yang memutar laju menghasilkan buak2 pasir berasap2. Enjin pun turut berasap menghasilkan bau hangit yang kuat. " Dah panas enjin ni, kita berhenti rehat", ujar Abang MB seraya mengundurkan kembara ke bawah bukit.

Setelah berehat seketika, Ytc yang masih tak berpuashati cuba menunjukkan skilnya pulak. Dengan satu ram yang kuat, Ytc memecut ke arah bukit. En Rahman, Abang MB dan bodyguard En. Rahman menunggu di luar agar kereta lebih ringan. Dengan henjutan yang kuat itu Ytc berjaya melepasi halangan yang pertama tetapi sampai di tengah bukit yang panjang itu, rupa2nya da selekoh pulak yg curam. Roda berpusing laju tetapi tiada 'progress'. Suasana begitu genting dan mencabar. Ytc terpaksa menekan brek kerana kereta macam nak menggelungsur. Ytc anggarkan cerun tersebut 90% (exaggerate sikit)

Ytc tekan minyak lagi. Meraung2 kembara macam perempuan nak beranak tak cukup bulan. Akhirnya setelah berpeluh2 di dalm terik mentari Ytc terpaksa mengalah dan mengundurkan kereta. Bukit ni bukan setakat curam dan berpasir, malah sempit. Semasa mengundur, Kembara tersekat di dinding jalan secara melintang (maknanya nak ke belakang tak boleh, ke depan pun tak boleh) Kembara senget dan hampir terbalik! Hanya ada 2 kaki saja yang boleh main (bukan kaki Ytc, tapi kaki jalan. Gambar di atas hanya gambar hiasan, gambar sebenar lebih ngeri dan tak boleh disiarkan- actually masa tu sibuk dengan kereta, mana sempat nak ambil gambar!) Di belakang ada gaung dan di depan adalah dinding bukit, jadi Ytc kena berhati2...jeng jeng jeng..

Abang MB mencadangkan agar Kembara berehat seketika. Bau hangit pun dah menusuk ke rongga hidung. Kami memanjat bukit lagi. Kali ini lebih tinggi dan dalm cuca panas terik. "Nasib baik abang bawak topi Koboi ni..", ujar Abang MB seraya memperagakan topi Koboinya.. Ytc membiarkan kunci Kembara tergantung di dalam kereta. Biarlah, pencuri pun tak sanggup nak melepaskan Kembara ni dari tersepit, fikir Ytc.

Jauh kami mendaki. Kembara kelihatan sayup2. 4 ekar bukan kecik2 tanah. Sampai di atas berehat sekejap. Abang MB mencadangkan kami mencari sumber air pulak. Menapak lagi! Walaupun Ytc ingin memprotes kerana keletihan sementelahan berpuasa, tetapi hanya mengurungkan niat itu di dalam hati. Maklumlah En. Rahman yang lebih senior selamba je mendaki, taakan Ytc nak mengalah!
Setelah gagal menemui sumber air, kami pun menuruni bukit tersebut. Kali ini Abang MB pula menawarkan diri untuk melepaskan Kembara dari 'penderitaannya'. Dengan skil yang memukau Abang MB berjaya mengeluarkan Kembara 'hidup2'. Syabas Abang MB, kalau tak sah2 Ytc kena marah dengan Mrs Ytc...ahak!

Kami pun pulang. Di pertengahan jalan sempat menjolok rambutan En. Rahman yg sedang masak ranum. Dapatlah seguni sebagai mengubat lelah mendaki tadi. Sampai kat rumah Ytc tetap kena marah sebab balik lambat...ahakss!


Akibat penderaan fizikal yang dialami oleh Kembara, keesokan harinya dia buat hal tengah jalan. Brek rosak bocor dan berasap. Nasib baik ada pomen hon dan tolong repair. "Ini minyak brek tinggal sikit la abang.. Nasib baik abang sembahyang pagi ni manyak kuat. Kalau tak mungkin accident..", komen pomen India tersebut. Akibatnya RM 600 duit Ytc terbang masuk poket pomen. (Ingat nak claim sikit dengan Direktor Azam Ishak Resources- En. Ishak)
Balik rumah Ytc kena marah lagi...Huwaarrrrggghhh...

Sabtu, 12 September 2009

AZAM ISHAK RESOURCES- Part 2

Land Survey - Stop at Ulu Bendul.

29 August 2009- Abang MB and Ytc took initiative to survey for our first project. We took off at around 8.00 a.m to Kuala Pilah to check on the land we intend to purchase..


Nice view taken at Ulu Bendul Resort. We might build one in the future..




Complete with chalet and waterfall. Just about one hour from Kajang..



Director Abang MB is considering to take over rightaway! the Ulu Bendul Resort which located on the way to Kuala Pilah



Resort view- suitable to bring family and have a nice barbeque..maybe we will arrange one in the future..


Director Ytc -Just two of us. Director Ishak is away on outstation duty in Perak. (no solex key)



The resort view from back angle..

Jumaat, 11 September 2009

AZAM ISHAK RESOURCES- Part 1

Pelancaran Azam Ishak Resources.

Bandar Teknology Kajang- August 2009 menyaksikan satu peristiwa bersejarah di mana Azam Ishak Resources (AIR)berjaya dilancarkan secara aman. AIR merupakan satu konglomerat bumiputra akan terlibat di dalam berbagai2 aktiviti perniagaan- penternakan, hartanah, restoran, perhotelan dll.

Majlis pelancaran dianjurkan dengan kerjasama Restoran Mehraj, BTK dimana lembaga pengarah bersidang buat kali pertama untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) sambil disaksikan oleh wakil-wakil kerajaan daripada Institut Kehakiman dan Perundangan dan juga Syarikat Bekalan Air Selangor.




Yang Berbahagia En. Mohd Ishak Haji Abdul Shukor aka 'Uncle Black', Direktor/ Pengurus Operasi. Beliau meupakan salah seorang direktor yang amat penting untuk melaksanakan projek penternakan kelak.



Yang Berhormat En. Noorazaman Haji Abdul Shukor aka 'Abang MB'- Direktor/ Pengurus Operasi ceria menandatangani perisytiharan syarikat..



Yang Terutama En. Abdul Aziz Hj Abdul Shukor aka 'Ytc' -Direktor/ Akauntan/ Financial Controller. Beliau juga merupakan 'tuan rumah' kepada majlis yg dianjurkan.



Yang Berusaha En. Mohd Isa Hj Abdul Shukor aka 'Backpacker'- Witness 1 (wakil ABASS). Penglibatan beliau penting untuk memastikan bekalan air mencukupi untuk melaksanakan projek2 Azam Ishak kelak.



Yang Berusaha En. Khairul Anuar Hj. Abdul Shukor aka 'Bolt' -Witness 2 (Wakil ILKAP). Beliau memastikan segala undand syarikat dipatuhi termasuklah adab sopan di majlis2 anjuran Azam Ishak kelak.

Nantikan update Azam Ishak Resources dari semasa ke semasa..