Rabu, 4 Ogos 2010

Projek cili- Abang MB where are u?

Assalamualaikum

Ytc terkejut bila dimaklumkan bahawa tiada seorang pun datang untuk projek cili minggu lepas. Mana dia Abang MB selaku project manager? Setelah melakukan siasatan awal, ytc mendapat tahu Black terjatuh dan Abang MB pula buat rumah. Utk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, Ytc cadangkan agar denda tidak datang dinaikkan kepada RM 30. (mula2 nak letak RM 45 tapi Backpacker cadangkan RM 30 dulu.) Selepas ini, sesiapa yang ada sila jalankan kerja tanpa menunggu cukup korum..

Di sini Ytc sertakan gambar2 dari projek kebun yang sedang berjalan rancak di kampung malah telah membuahkan hasil yang baik untuk menaikkan semangat ahli2 semua agar lebih teruja menyingsing lengan untuk minggu depan. Harap2 semangat ahli2 semua pulih sediakala dan berkobar2 untuk menanam cili dan datang awal terutamanya project manager kita yang setakat ni masih lagi tenggelam timbul. Mungkin beliau memerlukan sedikit masa untuk 'adjust' waktu hujung minggu..

Wassalam..


Model pokok getah



Model pokok rambutan..fuhh,,lebat buah tu!


Model Ubi.., satu pokok cabut dah 20 kilo! sekilo tolak RM 1. Cuba kira kalau 10 pokok dah berapa? 100 pokok?



Model pokok pisang memberikan pose yang menarik..




Model papaya, pokok rendah, buah banyak..

Rabu, 28 Julai 2010

Projek Cili..

Salam Kita memerlukan sekurang-kurangnya 400 biji paasu kecil lagi. Ini kerana anak2 pokok yang telah disemai perlu dipindahkan ke pasu tersebut setelah berusia seminggu. Abg MB nampaknya seakan sedikit goyang apabila anak2 benih cili ini telah disemai dgn byk.. Mungkin abg MB hanya target 400 pokok sahaja. Tidak seperti YTC, u.black dan backpacker yang sememangnya "think big" sejak dari awal projek dilancarkan. Berlainan pula dgn abg adi yang mengajak tanaman lain juga boleh disemai seperti cili besar dan bendi...

Cili yang baru 5 hari disemai.


Antara anak2 pokok.

U.black dah master dalam penyemaian anak benih.

Siram hanya guna semburan sahaja.

Rumah di Olak Lempit.

Salam. Backpacker ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada andak yang sudi meminjamkan nama bagi membolehkan pinjaman pembelian rumah backpacker di Olak Lempit. Rasanya tanpa bantuan andak, mungkin pinjaman tidak akan diluluskan dan backpacker tidak mungkin berpeluang memiliki rumah idaman (rumah diatas tanah). Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada abang zam kerana memberi kebenaran kepada andak bagi membantu backpacker.

Insyaallah rumah tersebut akan siap pada awal tahun iaitu Februari 2011. Rumah ini akan menjadi tempat tinggal backpacker sekeluarga dan bukanlah sebagai satu invesment untuk disewakan.

Terima kasih juga kepada adik beradik yang lain yang tidak teragak-agak memberi persetujuan meminjamkan nama apabila bantuan diminta. Bantuan seperti ini sangat dihargai oleh backpacker sekeluarga.

Akhir kata, sekali lagi terima kasih diucapkan umumnya kepada semua yang terlibat dan khususnya kepada Abg Zam dan Andak sekeluarga...

Unit rumah contoh.

Tanah tepi tidaklah luas. Sekadar mempunyai sedikit ruang bagi anak-anak bermain.

Rumah yang insyaallah akan siap pada Februari 2011.

Inilah unit sebenar rumah tersebut.

Masih didalam pembinaan. 60% siap.

Projek Cili

Assalamualaikum

Gambar2 yang sempat diambil minggu lepas(25 july):















anak cili dah bercambah..




model cili kita..



banglo bolt dalam pembinaan






abang mb terbaring keletihan setelah berhempas-pulas menyangkul..

Ahad, 25 Julai 2010

Rumah atau Duit???


Salam... Bolt n Black sangat berharap keputusan yang bijak,tepat dan mesra alam dapat di buat oleh YTC selaku pengerusi Taahas...


Rumah adalah 'duit'.... Malah lebih berlipat kali ganda di masa akan datang... Duit berapa banyak pun tetap akan 'hilang' tanpa apa2 faedah/kebaikan kepada ahli2 Taahas umumnya dan Ayahanda khususnya... Bukan ahli2 Taahas mementingkan wang ringgit, cuma di harap kebaikan dari keputusan YTC adalah kebaikan Ayahanda jua utk j/masa panjang...

Dad's new house

Assalamualaikum

A bit update on dad's land. Yesterday Ytc met with En. Jefri developer just to check on when dad's money can be received. At least, we don't have to use our own money to renew dad's car insurance and road tax. After the discussion, Ytc expect maybe in a month because there is still a few minor issue need to be resolved with authorities. So, we still need to use our own money firstlah..

Dad's portion on the coming payment is RM 15,000 (so far had received 60,000). the amount could be higher if Ytc can get developer to pay together with second year payment. Now, the more important issue is- should we accept all cash (estimated RM 660,000) as requested by dad or should we offset with house also? Ytc prefer house + cash so that at least can generate monthly income for dad if the house is rented. If we offset with house, there are few options:


Option 1- Semi D.
2 type-A and B, price from 489,000 - 600,000. size 2,200-2,600 st.
Advantage- a bit far from road so avoid noise, a cut land (tanah potong) so foundation strong
Disadvantage- difficult to rent, expensive, not on dad's land but behind dad's land..



Option 2- terrace corner lot
price around 380,000; built up area not sure, estimate 2200 st
Advantage- can rent for Tadika/ nursery etc; built on dad's own land (sentimental value)
Disadvantage- foundation of refill land (tanah kambus); near to road



Option 3- Terrace intermediate lot
22 X 80; estimate built up 2200; RM 330,000
Advantage- cheapest, relative easy to rent/ sell back; built on dad's land
disadvante- built on refill land; near to road

Pictures above are not the real pictures of the houses. They are just samples..

Wassalam..

Khamis, 22 Julai 2010

Gambar2 Terbaru/ Majlis Perkahwinan Yazid

Assalamualaikum,

Masa Yazid kahwin hari tu tak sempat nak ambil banyak gambar sebab anak lasak. Ini ada beberapa keping gambar je..


Maklang baru sampai..


Makteh dan Mak Andak


Bonda Normah, MAK Uda dan Emak Azwa



'Mr Daus' dah pandai jalan sikit-sikit..



Insyirah..