Selasa, 10 Ogos 2010

Sofa raya..


This is the kind of sofa design that i am looking for.. Menjimatkan ruang n can be only use when needed. Time tak pakai boleh stagingkan dia.. But i dont know where to find it.. Any idea?

Selamat Berpuasa!

Assalamualaikum

Ytc ucapkan selamat berpuasa kepada semua dan juga mohon ampun dan maaf atas semua kesilapan..





Time buka nanti, janganlah berlbihan pulak yek!
Wassalam..

Isnin, 9 Ogos 2010

Welcome to Abang Noh



Assalamualaikum..

Inilah dia gambar hensem Yang Berbahagia Cikgu Besar kita. Setelah berminggu2 mencari akhirnya bertemu juga.. (rupa2nya mohamednoh -one word dalam facebook).

Kepada Abang Noh, kalau ada gambar2 menarik, atau bahan2 menarik, boleh post ke blog ini. (Khairul, tolong bagi password)

Wassalam..

Khamis, 5 Ogos 2010

Projek Cili- Sponsor Abang Md noh..

Assalamualaikum

Dengarnya Abang Md Noh nak minta kita sponsor cili untuk majlis perkahwinannya nanti. Boleh tu boleh kalau dah ada hasil, tapi nak minta Abang Md Noh sediakan jugak jamban yang cukup nanti ye sebelah kemah kahwin hehe.. Bukan apa, cili kitorang memang power! kualiti baik punya. Kita taknak nanti tetamu semua tergesa2 nak balik rumah selepas pekena rendang daging..

Rabu, 4 Ogos 2010

Projek cili- Abang MB where are u?

Assalamualaikum

Ytc terkejut bila dimaklumkan bahawa tiada seorang pun datang untuk projek cili minggu lepas. Mana dia Abang MB selaku project manager? Setelah melakukan siasatan awal, ytc mendapat tahu Black terjatuh dan Abang MB pula buat rumah. Utk mengelakkan perkara ini berlaku lagi, Ytc cadangkan agar denda tidak datang dinaikkan kepada RM 30. (mula2 nak letak RM 45 tapi Backpacker cadangkan RM 30 dulu.) Selepas ini, sesiapa yang ada sila jalankan kerja tanpa menunggu cukup korum..

Di sini Ytc sertakan gambar2 dari projek kebun yang sedang berjalan rancak di kampung malah telah membuahkan hasil yang baik untuk menaikkan semangat ahli2 semua agar lebih teruja menyingsing lengan untuk minggu depan. Harap2 semangat ahli2 semua pulih sediakala dan berkobar2 untuk menanam cili dan datang awal terutamanya project manager kita yang setakat ni masih lagi tenggelam timbul. Mungkin beliau memerlukan sedikit masa untuk 'adjust' waktu hujung minggu..

Wassalam..


Model pokok getah



Model pokok rambutan..fuhh,,lebat buah tu!


Model Ubi.., satu pokok cabut dah 20 kilo! sekilo tolak RM 1. Cuba kira kalau 10 pokok dah berapa? 100 pokok?



Model pokok pisang memberikan pose yang menarik..




Model papaya, pokok rendah, buah banyak..

Rabu, 28 Julai 2010

Projek Cili..

Salam Kita memerlukan sekurang-kurangnya 400 biji paasu kecil lagi. Ini kerana anak2 pokok yang telah disemai perlu dipindahkan ke pasu tersebut setelah berusia seminggu. Abg MB nampaknya seakan sedikit goyang apabila anak2 benih cili ini telah disemai dgn byk.. Mungkin abg MB hanya target 400 pokok sahaja. Tidak seperti YTC, u.black dan backpacker yang sememangnya "think big" sejak dari awal projek dilancarkan. Berlainan pula dgn abg adi yang mengajak tanaman lain juga boleh disemai seperti cili besar dan bendi...

Cili yang baru 5 hari disemai.


Antara anak2 pokok.

U.black dah master dalam penyemaian anak benih.

Siram hanya guna semburan sahaja.

Rumah di Olak Lempit.

Salam. Backpacker ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada andak yang sudi meminjamkan nama bagi membolehkan pinjaman pembelian rumah backpacker di Olak Lempit. Rasanya tanpa bantuan andak, mungkin pinjaman tidak akan diluluskan dan backpacker tidak mungkin berpeluang memiliki rumah idaman (rumah diatas tanah). Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada abang zam kerana memberi kebenaran kepada andak bagi membantu backpacker.

Insyaallah rumah tersebut akan siap pada awal tahun iaitu Februari 2011. Rumah ini akan menjadi tempat tinggal backpacker sekeluarga dan bukanlah sebagai satu invesment untuk disewakan.

Terima kasih juga kepada adik beradik yang lain yang tidak teragak-agak memberi persetujuan meminjamkan nama apabila bantuan diminta. Bantuan seperti ini sangat dihargai oleh backpacker sekeluarga.

Akhir kata, sekali lagi terima kasih diucapkan umumnya kepada semua yang terlibat dan khususnya kepada Abg Zam dan Andak sekeluarga...

Unit rumah contoh.

Tanah tepi tidaklah luas. Sekadar mempunyai sedikit ruang bagi anak-anak bermain.

Rumah yang insyaallah akan siap pada Februari 2011.

Inilah unit sebenar rumah tersebut.

Masih didalam pembinaan. 60% siap.