Khamis, 2 April 2009

Breaking News

Smlm Ytc jatuh motor kena langgar dengan bas. Nasib baik takde apa-apa. Ceritanya begini. Masa keluar dari ofis, jalan jem. So Ytc pun naik ke bahu jalan. Tup2 bas depan Ytc pun cilok naik bahu jalan gak. So Ytc berhentilah belakang bas. Nak masuk jalan balik takleh sebab ada kereta. Tiba2 bas tu gostan. Dia nak parking rupanya. Ytc apa lagi, tekanlah hon. Itu je yg mampu buat. Nak undur motor berat. Lagipun kaki sampai kat hujung je. Nak cilok tepi ada kereta. Pasrah jelah...

Kereta2 yg ada kat situ pun bunyikan hon nak tolong Ytc tapi bas tu buat tak reti je. Apa lagi kena langgarlah. Ytc lompat dari motor. So takdelah apa2. Motor tergolek. Barulah bas tu perasan ada orang kat belakang dia. Masa tu ofis baru habis so ramailah amoi2 yg kerumun nak tolong Ytc. Bas tu bawak pelancong Jepun so diorang pun turun nak amik gambar- eh taklah, diorang nak tengok je. Ytc tak apa2. Nak angkat motor berat tak larat so diorang pun tolong.

Check motor ok, cuma calar sikit kat depan. Drebar bas turun minta maaf. Ytc tak kesahlah sebab semuanya selamat. Ytc pun balik. Rasa kelakar pun ada. Tapi bersyukur sangat sebab accident tu kecik je. Alhamdulillah semenjak kahwin tak pernah accident teruk macam masa bujang dulu.

Sebenarnya ini dah 3 kali Ytc 'accident' dengan bas. Kali pertama dulu masa baru-baru kerja. Masa tu takde motor lagi. So pergi mana2 naik bas mini je. Ada satu hari tu, dekat ofis nak naik bas mini pergi mana entah , dah tak ingat. Tahu2lah bas mini kan ramai orang. Berebut2, Ytc tak dapat naik. Tengah kecoh2 tu, bas mini tiba2 jalan. Penumpang pun belum ready lagi. Tiba2....Adussss! sakitnya kaki aku! Bas tu dah melenyek kaki Ytc. Kena kat hujung. Macam mana kaki tu boleh terjulur Ytc pun dah tak ingat. Tapi menyumpahlah..Nasib baik bas tu jalan terus. Kalau dia stop atas kaki Ytc, mahu meraung agaknya.

Ytc bukak kasut check jari leper semajam je. Panik jap. Urut2 sikit, normal balik. Nasib baik takde apa2. Lagipun kasut kulit. Safelah sikit..

Kali kedua accident dengan bas masa nak balik kerja. Lama dah. Kali ni dah ada motor. Berhenti kat traffic light dekat dengan Dataran Merdeka. Depan Ytc ada motor lain. Bila lampu hijau je, Ytc jalanlah tapi takleh laju sebab depan ada motor. Tiba2...Dug! Ada benda melanggar belakang Ytc. Bas mini kat belakang rupanya. Nasib baik tak tergolek. Dia ikut rapat sangat. Kurang ajar betul bas mini ni. Ytc cuma mampu angkat tangan buat isyarat bengang. Abis tu nak buat apa lagi? Takkan nak gaduh pulak dengan bas mini tu. Sah2, Ytc yg naya nanti...

Kalau sapa2 ada pengalaman berkenaan bas mini boleh kongsi kat sini. Ini untuk tema minggu ni. Minggu depan cerita pasal benda lain pulak (macam radio Sinar lak) . Bukan apa. Saja nak meriahkan blog ni. Ytc jarang pos bahan sekarang sebab busy sikit. So, sapa2 yg takde kerja macam bolt tu rajinlah2 sikit update blog. Ada gak faedahnya dari isyik tido je...

6 ulasan:

  1. ye la, bolt xd bahan ke nak post? tak penah post apa2...

    BalasPadam
  2. tak delah kenangan manis dgn bas mini...cuma bestnya bab lajunya bas tu...corner baring lagi...tp teringat jg masa baru2 kerja...kan nak balik rmh sewa kena naik bas mini tu...pertama kali takut silap naik p ke mana2 tah... yg tak best tu ramai lelaki2 buaya dan gatal menghimpit2 kita...mnyampah...yg mengurat pun ramailah. x dpt nak kira..mujur pakai tudung labuh... x delah diorang buat hal..

    BalasPadam
  3. aalah...sepanjang cikgu andak joint taahas...nampak bolt tak banyak post bahan2. sibuk memanjang je...cari duit nak cover ekonomi rumahtangga ke...relaksla...duit simpanan jutaan dok masih sibuk ka?. kami ni pun gawat juga ni...ada sesiapa nak bg pinjaman tak?

    BalasPadam
  4. tenampk mt rempit potong bas,tk pandai potong,tak lepas, bepusing mat rempit tu kt ruang tayar bersama-sama tayar bas tu... rasanya mati...

    BalasPadam
  5. andak cakap je gawat, tapi masyukk.... dua2 pegawai boleh la.....

    BalasPadam
  6. YTC memang ditakdirkan slalu accident dengan Bas Mini jer kot....hahaha

    BalasPadam