Ahad, 26 April 2009

Menawan puncak "Besar Hantu" (4794')...

Salam. Ekspedisi terbaru kelab gunung ABASS. Menawan puncak gunung besar hantu pada 25 April 2009 tempohari. Memang tough jalannya. Bak kata pepatah orang putih, "pushing the limit". Hehehe... Masa dalam pendakian tu, ada gak terpikir, sapa lah hantu raya yang mengajak aku manjat gunung ni.. Hampeh betul, menyusahkan orang.. Duduk rumah layan astro lagi baik..

25 April 2009. Jam 9.45am.
Starting kena layan 4x4 dulu.. Dalam sejam gak menunggangnya...

Kalau jalan kaki akan ambik masa lebih kurang tujuh jam.. Naik x-trail ni jimat enam jam..


Jam 10.45am.
Ok. Sampai disini sahaja 4x4. Selebihnya kena hadap menggunakan 2x2 (kaki dan kepala lutut). Hehehe...


Cayalah backpacker.. Nampak bersemangat !!


Jam 12.00pm.
Sampai di Kem Sg. Kering.


Kena meniti balak..


Snap se"round" dulu... Lain kali tak tau bila nak sampai lagi...


Jam 2.20pm.
Sampai di Kem Orkid. Letih dan kepanasan. Tapi survivor cam kitaorang, no hal punya. Jap lagi coklat abis, kita layan ulat kayu lak untuk dapat bekalan protein.. Cei wah!!


Kem Orkid mesti ada orkid.. Ni buktinya... Cun tak? Nak tengok jom ikut menapak empat jam. Ader bran?


Ni lah sumber air kitaorang memasak. Berdekatan dgn Kem Orkid. Depan sikit jer..


Ayam goreng panas ditengah hutan.. Memang nikmat..


Nak turun sungai tempat air ni memang jauh sikit. Tempat pun sempit. So tak digalakkan camping disini. Yang lain-lain semua survivor jenis kambing.. maleh nak mandi.. Tapi backpacker tak macam tu.. Kesegaran badan kena jaga.. Kita layan mandi dulu bro..

Cayalah mizan. Ikut turun tapi tak ikut mandi. Ada agenda lain..


Bergambar dengan pokok balak.. Kalau dapat kat tokeh balak, memang meleleh air liur ni..


Kalau perasan, Backpacker satu-satunya yang dah salin.. (dah mandi la tu)..


Jam 6.45pm.
Selamat datang kepuncak pertama. "Den budget dah sampai. rupo-rupo lagi sojam.. Hampeh botul.."


Batu penanda sempadan Negeri Sembilan - Pahang.


Belah sini Negeri Sembilan.


Belah sini lak Pahang..


Rilek jap luruskan kepala lutut. Takkan lari gunung dikejar.


Jam 7.30pm
Berhenti atas permintaan abang bulat. Dah tak jauh dah puncak. Nak prepare lampu pasal nak aksi sikit dengan climber2 yang kat atas tu.. "Hey guys!! Look at us. We have head lamp torchlight!!" Hehehe.. Cuma sampai puncak dalam jam 7.45pm.

26 April 2009. Jam 7.15am.
Keesokkan harinya. Kita layan sunrise dulu. Bukan senang nak tengok matahari terbit atas gunung ni..



Khemah guide kitaorang. Man namanyer. Kitaorang yang hardcore ni tak bawak khemah pun.. Tidor guna sleeping bag jer.. Tapi backpacker lagi hebat. Khemah tak bawak, sleeping bag pun tak bawak. Real Harcore! Macam "Bear Grylls" dalam siri Man vs Wild jugak.


Sleeping bag for nothing !!!


Memacakkan bendera Malaysia tanda gunung telah ditawan !!!


Jam 8.15am.
Bersiap nak turun. Steadylah kelab gunung abass.. Dengar citer ada yang mengadu, "macam nak pocah jantung den manjat gunung ni!!"

Jam 11.35am.
Tiba semula di kem Sg Kering. Ader sesetengah pendaki tu panggil kem hantu air. Yang ini kot??


Jam 12.40pm.
Balik lencong ikut jalan lata kijang. Turun menjunam melalui 340 anak tangga. Lutut pun dah tangkap. Letih gak nak melayannya..


Jam 12.53pm.
Backpacker macam biasa orang yang terakhir sampai. Bukannya aper, jadi sweeper memang kena last. Untuk memastikan tak ader pendaki2 yang tertinggal..



Tinggi air terjun belakang tu.. Gerimis kuat..


Nampak tu ader pelangi keluar.. Boleh lencun dengan titisan air ni..


Layan mandi korang ye? Mentang2 lah dah dua hari tak mandi... Hehehe..


Backpacker takder hal.. Semalam dah mandi.. Tak lah kemaruk air sangat..


Gambar last sebelum battery habis. Memang best last Air Terjun Kijang Jatuh ni..

3 ulasan:

  1. sorang kaki gunung ,sorang kaki shopping kompleks ... buat la yang lain sikit, rock climbing ker...terjun bunji ker... payung terjun pun syok... ytc lak boleh g 'true' london,paris,new york,rome dan banyak lagi jangan la tipu g kat ulu klang cakap U.K. :P

    BalasPadam
  2. asyik mendaki kadang2 boring la... cari 'fun' yang lain la plak.... kata nak beli scramler, jom r survey..... baru puas hati....

    BalasPadam
  3. cadangan naik moto masuk utan, u black stuju...

    BalasPadam