Khamis, 8 Januari 2009

Mesej dari Pengerusi



Untuk menjawab soalan along Fitri tentang Taahas, biarlah saya menceritakan sejarah susur galur Taahas ini:

Taahas adalah singkatan dari Tabung anak-anak Haji Abdul Shukor
Ditubuhkan pada asalnya oleh saya sendiri bersama-sama 2 orang ahli terawal Yang Berusaha En. Ishak dan Yang Berusaha En. Isa pada tahun 1999. Tujuan asalnya adalah untuk menyediakan dana untuk maintenance rumah Yang Mulia Ibunda Normah. Setelah beberapa tahun, tabung ini telah dikembangkan dengan penyertaan ahli-ahli yang lain secara sukarela tidak mahu ketinggalan dalam menyumbang yaitu terdiri dari anak-anak Tuan Hj Shukor itu sendiri.

Sehingga kini, jumlah dana taahas tak begitu ketara kerana berlaku sedikit 'hiccup' atau gangguan dalam sumbangan bulanan yang antara lain disebabkan ekonomi dunia yg kurang memberansangkan, ditambah harga minyak yg melambung tinggi juga ketidaktentuan politik semasa. Walaupun begitu kejayaan taahas amat memberansangkan. Antara lain:

Berjaya menyelesaikan duit tunggakan air yang berjumlah hampir RM 5000 (tunggakan zaman dulu2 lagi. Masa tu along Fitri pun takde lagi)
Berjaya menyelesaikan tunggakan cukai pintu yg berjumlah banyak gak..
Maintenance rumah sg ramal dan banyak lagi...

Sebagai menghormati soalan Along Fitri, saya dengan rasa rendah diri membuka penyertaan sumbangan ini kepada cucu-cucu Tuan Hj Abdul Shukor dimulai dengan Along Fitri sendiri sebagaimana terkandung dalam Alrtikel 125.2.3 Perlembagaan Taahas 09 yg saya baru tulis:

"Adalah dengan ini barang sesiapa cucu-cucu Tn. Haji hendaklah menyumbang tanpa gagal segala pendapatannya kepada tabung Taahas sebaik sehaja dia mendapat kerja selagi belum berkahwin atau mendapat pelepasan pengerusi. Atas keprihatinan taahas, cucunda2 ini akan diberi wang saku barang secukupnya untuk makan minum secara ala kadarnya..."

Saya harap telas jelaslah sudah kemusykilan 'ahli terbaru' kita Along Fitri. Dan juga semoga tidak serik bertanya jika ada kemusykilan2 yg lain...

Yours truly handsome loving chairman...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan