Salam sejahtera. Berita petang jam 3.52 pm, ahad. Berita sukan melaporkan permainan single badminton malam tadi di ILKAP yang berlaku sangat mendebarkan di mana Bolt telah menunjukkan permainannya yang sebenar dengan mengalahkan Kecik 21-15, 18-21, 21-11. Bolt yang pada awalnya sudah menunjukkan rentak permainan yang baik dan meyakinkan bagaimanapun diasak semula pada game ke 2 dengan membawa kepada game penentuan. Bagaimanapun permainan Bolt yang bersahaja dan keyakinan yang menggunung bak Everest memaksa Kecik akur dengan kehebatan Bolt. Bolt menang dan telah menebus semula sup ekor yang di hutangi nya. Bagaimanapun seperti biasa orang yang kalah, mereka akan memberi alasan 'kurang sihat' di mana itulah alasan kecik malam tadi. Pertarungan ke2 pula menyaksikan Ujang melawan Black di mana Black juga hampir2 tertewas di tangan ujang yang dipandah rendah sejak sebelum bermula perlawanan.... uncle black menang tipis pada set ke3...
Perlawanan yang melihatkan uncle black jatuh merundum dalam tahta WBF malam tadi adalah apabila di tewaskan dengan mudah oleh Kecik dengan straight set sahaja... Uncle Black bagaimanapun telah mendapat satu pengajaran yang berguna utk beliau pada masa hadapan kerana terlalu mengagungkan kononnya beliau hebat dikalangan pemain persendirian, dimalukan dengan mudah malam tadi.... secara tidak langsung berikut menunjukkan ranking terbaru single yang berlangsung malam tadi...
1. Bolt the hunter
2. Kecik the maintain player
3. Uncle Black the sayuran man
4. Ujang the underdog
Oleh kerana ranking yang jatuh dan kekalahan memalukan (dengan menganggap kecik sayur) wartawan 'hidden' telah melihat uncle black lari sejurus perlawanan dengan kecik tamat di belakang bangunan badminton dan menangis ter esak2.... Beliau bagaimanapun ditenangkan oleh pelapisnya en. Aizat the apprentice dengan menepuk2 bahunya sambil berkata 'ayah, sudahlah...perkara yang telah berlaku tidak elok utk ditangiskan... Hanya Libasan raket kemenangan sahaja yang boleh menebus maruah Ayah..." Bagaimanapun Uncle Black tidak dapat menahan perasan dan terus semena2 meraung2 kekecewaan sambil di dakap oleh Aizat the apprentice...
Bak kata pepatah, Jangan mengangkat diri masuk ke bakul sendiri, kecuali orang lain yang mengangkat kita masuk ke bakul kita seperti yang di alami oleh BOLT malam tadi...
Sekian, bersambung berita seterusnya dalam episod badminton yang akan datang...
-Wartawan 'hidden'-
nasib baik YTC tak turun mlm tadi. Kalau tak sorang2 tangkap leleh!
BalasPadamtapi bolt tak berani tebus terus 6 sup ekor.. Hanya 2 saja yang menjadi pertaruhan. Disini kita boleh nampak yang bolt juga sebenarnya kurang yakin dgn performance beliau malam tadi...
BalasPadamBukan x berani, kecik ada menyatakan asyik nak tebus jer, nanti dia x merasa langsung sup ekor.... jadi bolt x sampai hati x nak belanjer kecik langsung.... rabu ni bolt kasi setel semualah di atas permintaan backpacker... uncle black, please setel kan ujang straight set, beat kecik first and after that u can come n see me to judge your performance to make sure u can give me a little 'tentangan'...hahha
BalasPadamuncle black pancit,
BalasPadampenah jadi 1 kes tu, kecik ajak lawan semasa baru sampai,(dia ingat nak sayurkan uncle black tp uncle black kalahkan under 10,straight set..pastu bila hujung2 nak balik, baru dia dapat kalah kan uncle black yang penat..
boltpun camtu gak, masa lawan bolt,komeng ajak lawan uncle black,sedangkan mata 8-8 uncle black terpaksa habiskan bolt dengan cepat,
21-11,21-9.
bolt sila buat tournament ahad malam isnin(8-2-09) untuk taahas sahaja termasuk kecik n ujang.
BalasPadamplayer
uncle black,ytc,bolt,kecik,backpacker,ajak d hensem, bgman mat bunga,ujang.
Orang kalah memang sentiasa ada alasan... dah biasa dengar dah.... cuma alasan pancit tu alasan baru la... haha
BalasPadamdulu kalahkan kecik memang la mudah, sebab kecik baru berkecimpung.... sekarang kecik dah makan tok guru daaa... kesian... ;p
BalasPadamsabtu dah main, ahad pun nak main gak? kang bagi alasan penat baru main la, buat gril la, buat umah bang man la, tanam sayur la, masak megi la... penat la kitorang dgr benda2 buang masa mcm ni....
BalasPadamada satu lagi reason kau x sebut... penat tangkap ayam..
BalasPadamhehe... tangkap ayam? ayam sontot ker?...
BalasPadambolt memandang rendah keupayaan u.black, u.black akan kalahkan bolt straight set,backpacker tolong ingat ni...
BalasPadamStraight set under 10 lah.. Baru mantap...
BalasPadam